skip to main |
skip to sidebar
- Baru-baru ini saya amat tertarik dengan satu iklan yang di keluarkan oleh etika emas estet. Di sini mereka menerangkan pada saya tentang kelebihan- kelebihan simpanan emas di mana salah satu kelebihannya ialah kalis inflasi. Kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan perkara ini boleh la pergi ke link berikut.
- Pada mulanya saya menyangkakan yang syarikat ini adalah daripada anak syarikat sebuah bank yang terkemuka di malaysia iaitu maybank, bagaimanapun anggapan saya silap kerana syarikat ini tiada kena mengena pun dengan mana-mana bank.
- Syarikat ini menawarkan pembelian emas dengan mereka lebih menguntungkan kerana pembeli akan mendapat diskaun berjadual sebanyak RM300.00 pada setiap bulan selama 6 bulan. Selepas daripada kontrak tersebut taman, pembeli boleh memperbaharui kontrak tersebut untuk mendapatkan faedah yang sama untuk 6 bulan berikutnya. Siapa yang tidak berminat dengan skim seperti ini.
- Jika saya membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100000.00 maka saya boleh membeli emas sebanyak lebih kurang 700 gram dan layak untuk mendapat diskaun sebanyak RM2100.00 setiap bulan. Ini lebih dari cukup untuk membayar semula pinjaman yang di tambah pula saya akan mendapat 700 gram emas selepas habis membayar pinjaman. Ini satu pelaburan yang sangat hebat.
- Tanpa berlengah lagi saya terus menghubungi agent dari syarikat ini untuk membuat temu janji. Dalam pertemuan tersebut saya di fahamkan yang syarikat ini membuat transaksi jual beli emas dalam kuantiti yang banyak, dan di sebabkan itu syarikat tersebut mampu memberikan diskaun yang hebat kepada pelabur.
- Agen tersebut juga menerangkan kepada saya yang syarikat mereka menawarkan 3 jenis program kepada pelabur. Saya hanya berminat kepada satu program iaitu 1+1. Program yang lain itu saya tidak berapa ingat. Dalam program ini, pelabur yang membeli 100 gram emas akan layak mendapat lagi 100gram emas dari syarikat tersebut (di sini syarikat ini meminjamkan emas ini kepada pelabur untuk membolehkan pelabur mendapat diskaun sebanyak RM300 sebulan selama enam bulan).
- Emas yang di jual oleh syarikat ini ialah emas tulen 24K. Sekiranya pelabur bersetuju untuk melabur dalam skim ini, pelabur di kehendaki membayar nilai belian emas di tambah caj 5% premium (caj jualan). Dokumen perjanjian juga di kenakan caj sebanyak RM 100.00.
- Pelabur terpaksa menunggu proses pembelian selama satu hari (jika syarikat tersebut mempunyai stok) dan 3 hari jika syarikat tersebut tiada stok.
- Selepas urusan pembelian selesai, pelabur dan ejen syarikat tersebut akan bersama-sama pergi ke bank rakyat untuk membuat gadaian kepada 200 gram emas tersebut.Pelabur di minta menyerahkan ic dan emas tersebut. Oleh yang demikian, nama pelabur akan menjadi nama penggadai untuk 200 gram emas tersebut (100 gram emas di beli oleh pelabur dan lagi 100 gram emas di beri pinjam oleh syarikat tersebut). Di sini pelabur yakin yang emas ini tidak akan kemana-mana kerana kesemua emas tersebut di buat atas nama pelabur (boleh di katakan no risk).
- Pelabur kemudiannya akan mendapat diskaun sebanyak RM 300.00 sebulan selama enam bulan.Skim ini juga boleh di sambungkan sehinggalah pelabur sendiri yang ingin berhenti dari menyertai skim ini. Jika pelabur berhenti dari skim ini sekali pun, mereka masih mempunya emas yang nilainya meningkat setiap tahun.Pada perkiraan saya lebih kurang 25% setahun berdasarkan trend harga emas 5 tahun kebelakangan ini.
- Begitulah ceritanya bagaimana skim ini beroperasi.Sangat menarik dan satu-satunya cara untuk pencen awal dengan mudah.
- Tetapi benarkah yang skim ini no risk??? mari kita kira risiko yang ada sebelum membuat sebarang kesimpulan.
- Pelabur membeli 100g emas dari etika dengan harga RM12,000.00
- Etika menambah emas itu lagi 100g dan menjadikan jumlahnya adalah RM24,000
- Pergi ke bank rakyat untuk di gadaikan emas tersebut di bawah skim al-rahnu, bank akan memberi 65% daripada hasil semasa emas tersebut.Dalam kes ini, bank memberi sebanyak RM15,600.00 kepada pelabur. Pelabur kemudiannya memberikan duit tadi kepada wakil syarikat untuk di buat modal pusingan.
- Jika terjadi apa-apa kepada syarikat, seperti lingkup atau lari maka pelabur terpaksa menebus semula gadaian utk mendapatkan emas 200g itu semula.Pelabur mempunyai 2 pilihan iaitu menebus semula atau biarkan bank melelong emas-emas tersebut.
- Kita pergi pilihan pertama, pelabur menebus semula emas tersebut.
- Pelabur di kehendaki membayar sebanyak RM15,600.00 di tambah dengan upah simpan iaitu sebanyak RM1080.00(nilai adalah 75 sen setiap seratus ringgit sebulan)kepada bank untuk mendapatkan semula emas pelabur.
- Pada masa itu harga emas semasa sudah menjadi lebih kurang 12% pada masa pembelian.Iaitu sebanyak RM24000.00 + 12% = RM26,880.00
- Di sini kita dapat lihat yang pelabur membelanjakan sebanyak RM12,000 (semasa mula membeli emas) + RM100.00 (untuk surat perjanjian) + RM15,600 (tebus emas dari bank) + RM1080.00 (upah simpan bank) dan membawa jumlah sebanyak RM28,780.00.
- Di sini pelabur sudah kerugian sebanyak RM1900.00.
- Jika Etika sempat membayar diskaun berjadual sebanyak RM300 selama 6 bulan maka jumlah kerugian ialah RM100.00 dimana RM1900 - (RM300X 6 bulan)
- Bagaimana dengan pilihan ke-2 dimana pelabur tiada duit untuk menebus kembali emas tersebut.
- Pelabur terpaksa membiarkan bank melelong ke semua emas tersebut(kesian).
- Menurut pengalaman kawan2 saya yang pernah membuat pajak gadai di bank, bank akan melelongkan barang kemas tersebut separuh daripada nilai semasa. Jika nilai semasa emas pada masa itu ialah RM26,800 maka nilai lelongan akan menjadi RM13,400.00. Oleh kerana nilai ini tidak cukup untuk nilai gadaian tersebut, maka pelabur tidak mendapat apa-apa duit dari hasil lelongan tadi sebaliknya berhutang dengan pihak bank.
- Oleh itu kerugian yang di hadapi pelabur ialah hasil gadaian (RM13,400 - RM15,600) - (upah simpan) RM1060 - kos perjanjian(RM100.00) bersamaan RM3360.00.
- Nilai ini tidak di tambah dengan emas permulaan yang di beli oleh pelabur iaitu sebanyak RM12,000. Oleh itu jumlah kerugian sebenar pelabur ialah RM12,000 + RM3360.00 dan jumlahnya ialah RM15,360.00
- Jika etika sempat membayar diskaun berjadual sebanyak RM1800.00 maka pelabur tetap kerugian sebanyak RM13,560.00
- Berdasarkan pada perkiraan ini, saya tak fikir ini adalah pelaburan yang bijak malah saya boleh katakan ini pelaburan yang mempunyai risiko yang pasti kerana terdapat beberapa keraguan darjah pertama di dalam kontrak tersebut.
- Di dalam kontrak tidak ada satu baris ayat pun yang menyatakan kita perlu memberi duit hasil gadaian kepada syarikat tersebut.Persoalannya ialah mengapa kita perlu memberi mereka duit gadaian tadi?? mengapa perkara ini tidak di jelaskan di dalam kontrak?? Adakah mereka takut sekiranya perkara ini di tuliskan di dalam kontrak maka dengan jelasnya mereka telah dibuktikan mengambil deposit dari orang ramai (yang mana sudah melanggar BAFIA act) sila ikut link berikut utk bafia act??
- Saya sudah semak dengan bank negara dan mendapati yang syarikat ini tidak mempunyai lesen untuk mengambil deposit dari orang ramai dan mungkin di sebabkan ini tiada satu ayat pun menyatakan tentang pengambilan deposit (bijak juga mereka ini).
- Mengapa diskaun berjadual sebanyak RM300.00 sebulan di berikan, kenapa tidak di beri terus RM1800.00 kepada pelabur?? Adakah diskaun ini tetap di beri sekiranya pelabur tidak memberi duit gadaian tersebut?? Jika ya, ini bermaksud diskaun ini adalah halal dari segi syarak manakala jika bukan maka ini sudah jatuh kepada hukum lain (sila rujuk pakar).
- Syarikat tersebut mendakwa pelabur mendapat keuntungan atas dasar syarikat tersebut membeli emas dalam kuantiti yang banyak, tapi mengapa perlu menunggu 3 hari utk menunggu stok emas tersebut?? adakah kerana kehabisan stok??
- Pembelian di poh kong atau habib jewel lebih pantas....adakah ini bermakna stok mereka lebih banyak dari etika??Jika stok mereka lebih banyak kenapa mereka tidak memberikan harga emas yang Rm1800.00 per seratus gram lebih rendah dari pesaing mereka?? adakah kerana mereka tamak atau bodoh??
- Saya tidak berniat untuk mengganggu mana2 perniagaan, malah saya bersetuju 100 peratus yang emas boleh di jadikan pelaburan masa hadapan. Cuma daripada perkiraan saya ini, saya mensarankan lebih baik emas tersebut di simpan sendiri oleh pelabur utk meminimumkan risiko.Jika pelabur risau yang emas itu akan dicuri, pelabur boleh simpan sendiri emas tersebut di safe deposit bank yang charge dia amat murah iaitu sekitar RM100.00 setahun jika di bandingkan di simpan di skim pajak gadai iaitu sebanyak RM2000 setahun.
- Perkara ini membuatkan saya terfikir bagaimana utk membuat skim seumpama ini
- Form satu company
- Hire lawyer
- Buat advertisement besar-besaran
- Bayar duit pelabur mengikut perjanjian (duit tidak menjadi masalah kerana produk ini terlampau mudah untuk dijual)
- Biarkan sahaja perniagaan berjalan sehinggalah BNM datang menjalankan siasatan.
- Apabila siasatan di buat, segala aset syarikat akan di bekukan... tetapi jangan risau kerana tiada duit pun di dalam akaun syarikat.Paling banyak pun mungkin RM5000.00 utk bayak utility dah perbelanjaan lain-lain.
- Apabila ini berlaku, syarikat tidak boleh membayar duit pelabur kerana akaun syarikat telah di bekukan.Dalam kes seperti ini, pelabur memandang saya sebagai mangsa keadaan dimana sebelum ini saya mampu memberikan diskaun berjadual mengikut masa. Dengan sedemikian, pelabur akan menyalahkan bank negara kerana membekukan aset syarikat saya.
- Saya tetap meneruskan kehidupan saya sebagai penjual emas kerana saya tidak pernah mengambil sebarang deposit dari orang awam.Yang ada hanyalah saya memberikan duit diskaun kepada orang awam..takkan itupun salah ??
- Itulah pandangan saya terhadap skim ini, skim ini boleh menjadi no risk sekiranya duit gadaian yang di terima itu tidak di serahkan kepada syarikat tersebut atau duit gadaian itu di bahagi 2 dengan syarikat tersebut.
- Sekian